Ibu Arrian: MENINGKATKAN KESUBURAN VITAMIN DAN MINERAL INI PENTING

Khamis, 14 Julai 2016

MENINGKATKAN KESUBURAN VITAMIN DAN MINERAL INI PENTING

MENINGKATKAN KESUBURAN VITAMIN DAN MINERAL INI PENTING | Hai salam sejahtera semua. Saya pernah mononton sebuah rancangan realiti TV yang menemubual "Malaysian Sweetheart", Lisa Surihani yang memaparkan berkaitan isu kehamilan dan keibubapaan Lisa dan Yusry. Dalam rancangan tersebut, Lisa telah berkongsi bahawa menurut diagnosis doktor pakar, salah satu punca beliau lambat dan sukar hamil adalah beliau kekurangan beberapa jenis vitamin dalam tubuh badannya, salah satunya adalah Vitamin D! Vitamin D amat kritikal untuk pembangunan fetus, juga merendahkan risiko keguguran dengan penurunan keradangan. 93% daripada wanita-wanita yang tidak subur telah ditemui kurang vitamin D.



Oleh yang demikian, melengkapkan keperluan gizi serta nutrisi merupakan satu KEMESTIAN jika kita sedang berusaha untuk hamil dan nak meningkatkan kesuburan suami isteri. Wujud mitos yang menyatakan bahawa vitamin tertentu dapat menambah kesuburan, contohnya vitamin E. Meskipun vitamin E baik untuk kesuburan, namun ianya tak terhad hanya kepada sesuatu jenis vitamin sahaja. Tubuh kita memerlukan kombinasi sejumlah vitamin lain dan mineral bagi menjaga kesuburan. Berikut adalah beberapa vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan kesuburan anda:
  1. Vitamin E
Vitamin E sangat penting bagi sistem pembiakan lelaki dan wanita. Bagi wanita, vitamin E dapat menjaga sistem Endokrin dan pengeluaran hormon-hormon yang baik. Manakala bagi lelaki pula, vitamin E dapat menyokong pengeluaran sperma, hormon-hormon seks, dan cegah kerosakan DNA sperma. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kerosakan pada DNA sperma dapat menyebabkan kemandulan. Biasanya, kerosakan DNA tersebut disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin E sebagai antioksidan dapat mencegah kerosakan DNA sperma.

2. Vitamin C

Vitamin C penting bagi lelaki dan wanita. Bagi wanita, vitamin C bermanfaat untuk menjaga keseimbangan hormon, meningkatkan kesuburan, menguatkan sistem imun, dan bantu penyerapan zat besi. Bagi lelaki pula, vitamin C membantu cegah penggumpalan sperma dan meningkatkan pergerakan sperma. Pengambilan vitamin C harian yang disarankan adalah 750-1000mg.
  Sustained Release Vita-C 500mg Shaklee nih merupakan vitamin yang dipatenkan khas maksudnya special lah sebab dalam setiap sebutir kapsul tu,  500mg kandungan vitamin C nya akan dibebaskan secara perlahan-lahan dalam tubuh badan kita. Tak macam selalu, kalau ambik vitamin C biasa tu ianya akan dilepaskan sekali gus. Ok, penting ke lepas sekali gus ke lepas sikit-sikit ke? Yes, penting. Sebabnya kalau kita belajar dulu-dulu kan vitamin C ni dia dalam kategori vitamin yang larut air kan? Bermakna kalau kita buang air kecik, maka terbuanglah semua vitamin C yang dah terlarut sepenuhnya sekali gus tu. Haa, berbanding dengan vitamin C yang dilepaskan slow-slow.

3. Vitamin B

Terdapat 2 jenis vitamin B yang bermanfaat meningkatkan kesuburan. Vitamin B12 dapat meninkatkan kualiti sperma, manakala vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain ialah asid folik, yang mana ia penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum.
Vitamin B Complex Shaklee, ada kesemua 8 jenis vitamin B yang lengkap dan of course lah ianya lebih bagus sebab lengkap dengan semua sekali jenis-jenis vitamin B yang ada.

4. Zat Besi/Iron

Zat besi penting dalam pengangkutan darah dan oksigen dalam tubuh. Kaum wanita memerlukannya untuk menjaga keseimbangan proses OVULASI. Sebuah kajian menunjukkan bahawa 40% wanita yang mengalami masalah ovulasi menjadi subur setelah menambah pengamblan zat besi. Jumlah zat besi yang disarankan adalah sebanyak 8mg bagi lelaki dan 18mg bagi wanita.
Kita boleh mendapatkan sumber zat besi dan mineral penting yang lain dalam multivitamin paling mudah larut dan semula jadi Shaklee ni, iaitu nama dia Vita-Lea.

5. Selenium

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Padua, Itali, mendapati bahawa kekurangan selenium boleh menyebabkan mandul pada lelaki. Selenium mempunyai fungsi yang sama dengan vitamin E iaitu mencegah pengoksidaan sel-sel sperma. Jumlah pengambilan selenium yang disarankan bagi lelaki dewasa dalam sehari ialah 70 mikrogram.
Selenium ni kan, tak payah pening-pening dah nak cari sebab dalam vitamin E Complex Shaklee dah ada sekali dah Selenium ni. Complete, jimat kan??

6. Zink

Zink merupakan mineral yang sangat penting bagi kesuburan. Mineral yang terdapat pada lebih dari 200 enzim dan protein ini penting bagi lelaki untuk membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan sperma, Kekurangan zink menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis, dan pengurangan pengeluaran sperma yang sihat. Jumlah pengambilan Zink yang disarankan ialah 15 mikrogram sehari.

7.  Kalsium

Dalam merancang kehamilan, anda perlu menyediakan bekalan kalsium yang cukup. Kalsium juga akan meningkatkan pH tubuh anda dan ini bermakna sperma dan telur akan lebih mudah disenyawakan. Satu gelas susu segar mengandungi sekitar 400 mg kalsium. Namun, supplemen kalsium memberikan pilihan yang lebih praktikal. Wanita yang ingin meningkatkan kesuburan harus ambil 1000 mg kalsium sehari.
Ostematrix Shaklee mampu membekalkan 1000 mg kalsium untuk keperluan harian kita. yang istimewanya Ostematrix bukan sekadar membekalkan kalsium, malah ia juga turut mengandungi mineral yang diperlukan untuk support proses penyerapan kalsium tu supaya jadi lebih efektif. Antaranya megnesium, boron, Vitamin D,

8. Vitamin D

"Vitamin D makin meningkat kepentingannya untuk kesuburan," ujar Zita West, pakar kesuburan dan pemilik Zita West Clinic di London. "Setelah melakukan pengujian mengenai vitamin D terhadap lebih dari 800 pesakit, kami mendapati bahawa sekitar 70 peratus dari pesakit kami mengalami kekurangan vitamin D. Kekurangan vitamin D sering dikaitkan dengan obesiti, sindrom polycystic ovary, dan kelainan kekebalan."
Oleh kerana itu, pasangan yang sedang menjalani terapi kehamilan digalakkan "berjemur" di bawah matahari. Jangan lupa, sinar matahari yang baik adalah saat pagi hari. Cukup berjemur sekitar 10 minit untuk menghasilkan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh. Tapi, jangan risau sebab kalau anda ambil Ostematrix Shaklee, anda bukan sahaja akan dapat bekalkan Kalsium kepada tubuh, tapi Ostematrix juga turut mengandungi 100 IU VITAMIN D. So, jangan sedih sangat kalau tak sempat nak berjemur pagi-pagi okay?

9. GLA (asid linolenik gamma)

GLA sebenarnya yang membantu mengawal simptom PMS dan membantu badan menghasilkan cecair servik yang sihat dan berkualiti untuk membantu sel sperma berenang menuju ke sel ovum bagi tujuan persenyawaan, dan meningkatkan jangka hayat sperma di dalam Tiub Fallopio untuk memaksimumkan peluang persenyawaan.

Jadi, rakan-rakan yang tengah TTC tu please take note ye jaga pemakanan dan nutris kita. Nak pregnant ni perlukan tubuh kita berada dalam keadaan yang optimum dan sihat untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya berjaya hamil dengan sihatnya.
If berminat nak dapatkan vitamin-vitamin yang penting untuk tambah kesuburan ni, anda dialu-alukan untuk hubungi Faz yer.. Saya akan share kan sedikit sebanyak petua dan tips berdasarkan pengalaman TTC juga. Paling penting, saya akan berikan KONSULTASI pengambilan semua supplemen ni SECARA KHUSUS khas untuk setiap masalah anda ye, sebab tiap orang kan tak sama masalah kesuburan yang dihadapi. Betul tak?

Your trusted Shaklee Independant Distributor,
Fazilah Abu Hassan
013-3624006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan